Blackpink vs Abby Abadi, atau Masyarakat vs Abby Abadi?

 

Dalam isu teguran Abby Abadi berkaitan kumpulan K-Pop si Blackpink itu, saya mahu sebut I am supporting Abby Abadi.

Memang tak patut pun Blackpink itu datang dan apabila datang (yang tak diredhai), tak patut diberi kebenaran untuk berpakaian ikut suka hati mereka.

Tak perlu sembang pasal ‘satu hari nanti siapa tahu penyanyi Blackpink itu diberi hidayah dan menjadi wanita muslimat yang lebih solehah berbanding Abby Abadi yang dulunya juga penyanyi seksi’ kerana kita bukan berbicara tentang masa depan, kita memberi nasihat atas apa yang dipaparkan depan mata kita HARI INI.

Jika asyik nak guna alasan ‘siapa tahu esok lusa dia/mereka itu berubah jadi lebih baik daripada kita’ alamatnya tiada satu manusia pun dalam dunia ini layak menegur dan tiada satu dosa atau kesalahan dalam dunia ini yang layak diperbetulkan…

Saya tak tahu siapa atau apa itu Blackpink tetapi tengok poster dan tengok gambar mereka di Google Image tadi memberi impresi bahawa mereka ini bukanlah contoh ikutan yang baik untuk jadi idola para remaja kita yang beragama Islam. Benar sungguh ibu bapa tak patut biar anak-anak muda hadiri dan sokong konsert-nya whatsoever.

#KisahMasyarakat #HiburanMaksiatTakkanPernahHabis #PinkIsNeverBlack#DrSyahrMusafir 25/02/2019 LINK

 

Dalam isu teguran Abby Abadi berkaitan kumpulan K-Pop si Blackpink itu, saya mahu sebut I am supporting Abby Abadi….

Posted by Syahr Musafir on Isnin, 25 Februari 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *