JANGAN KAHWIN KALAU…

JANGAN KAHWIN KALAU…Ada orang lelaki nak kahwin, sebab berkenan perempuan cantik yang dia jumpa dalam kelas yang…

Posted by Syahr Musafir on Isnin, 18 Julai 2016

 

JANGAN KAHWIN KALAU…

Ada orang lelaki nak kahwin, sebab berkenan perempuan cantik yang dia jumpa dalam kelas yang sama dengannya. Katanya, muka model. Takut lambat-lambat nanti dikebas orang.

Ada orang lelaki nak kahwin, sebab sekarang anak gadis itu muda dan kurus. Risau kalau lambat nanti jadi gemuk pula. Tak lawa foto atas pelamin.

Ada orang lelaki nak kahwin, sebab katanya dia sudah tak tahan. Kalau jumpa masa dating, rasa nak terkam je si dia tu. Tapi tak ter-terkamlah sebab selalu berjumpa di kedai makan dan ada ramai orang.

Saya jawab,

Janganlah kahwin dulu kalau semua sebab kita nak kahwin adalah sebab fizikal semata-mata.

Perempuan muka model itulah yang akan ‘dihiasi’ air liur basi semasa bangun tidur. Lagi parah kalau mekap tebal itulah perhiasan dia sebab sebenarnya dia tak cantik manapun.

Perempuan kurus itulah juga akan jadi boyot sebab mengandungkan anak-anak kita. Jaga makan atau tak jaga makan, kita tak boleh confirm dia akan maintain kurus selepas melahirkan anak. Apatah lagi kalau beranak ramai. Atau kita nak kata cinta dan kasih sayang kita berkurangan apabila berat badan dia bertambah?

Kahwin lelaki-perempuan jadi menyempurnakan separuh agama bukan sebab hubungan seksual semata-mata. Kahwin jadi separuh agama sebab kematangan cara fikir yang bertambah apabila sudah tahu matlamat kehidupan dan tanggungjawab amanah dunia dan akhirat. Jadi kalau terdorong oleh nafsu semata-mata, berpuasa banyak-banyak, mendalami ilmu agama dan bergaul dengan orang baik-baik adalah lebih baik berbanding semberono kahwin dengan mana-mana perempuan.

Bagi orang perempuan pula,

Jangan kahwin dengan orang lelaki yang asyik dok cakap anda ni cantik. Kena kahwin dengan lelaki yang apabila jadi suami, dia puji isteri dia cantik walaupun isteri dia tak cantik. Lelaki macam inilah one in a million. Bukan lelaki yang boleh puji awek diorang cantik. Faham tak?

Biar tak kahwin cepat asalkan bukan kahwin dengan orang yang sayang kitaa kerana fizikal kita.

Biar tak kahwin cepat asalkan kahwin dengan orang lelaki yang betul, bukan lelaki ‘tak betul’ yang puja kebagusan fizikal kita semata-mata.

Dr Syahr Musafir 18/07/2016 Tulisan Asal

 

Foto hiasan: Kami sekeluarga saja jalan-jalan di Aeon Mall Kota Bharu. Terserempak dengan pasangan bahagia Fuad dan Syakirin, bersama baby Ana Sofia #throwback. Fuad dan Syakirin ni kawan-kawan kami di Adelaide, Australia. Once Adelaideans, always Adelaideans.

Bahagia apabila dapat tengok orang bahagia…