Kenapa Ibu Bapa Perlu Melarang Anak Gadis Dari Tonton Filem yang Heroinnya ‘Tergedik Sakan’ Untuk Membentuk Anak Dara yang Punyai Maruah & Harga Diri

Ibu bapa perlu ajar anak-anak gadis tentang erti kewanitaan sebenar dan mahalnya harga diri seorang wanita. Anak-anak…

Posted by Syahr Musafir on Jumaat, 9 Disember 2016

 

Ibu bapa perlu ajar anak-anak gadis tentang erti kewanitaan sebenar dan mahalnya harga diri seorang wanita. Anak-anak gadis dan wanita perlu faham tentang maruah dan betapa tidak ternilainya harga diri sendiri.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya berperangai jahil, suka menengking orang termasuk suami sendiri, tidak segan silu menderhakai ibu bapa, apatah lagi sikap jantan dan tomboy. Wanita dan gadis biar reti maksud kesopanan, santun dan kewanitaan, sifat seorang isteri yang membawa ke syurga. Biar wujud sifat menjaga diri dan malu. Bak pohon semalu yang kuncup apabila disentuh, melindungi diri daripada dilihat orang dan tidak berlebih-lebihan dalam menonjolkan diri.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya menunjukkan tahap manja yang melampau, atau gedik yang menyakitkan hati. Wanita dan gadis biar ada maruah dan harga diri. Biar jadi mahal dan sukar dipetik. Bak bunga mawar yang cantik dan menawan, tetapi dilindungi oleh duri-duri tajam menjadi senjata buat tangan-tangan jahat yang mahu menyentuhnya.

Ibu bapa perlu ajarkan anak-anak lelaki tentang perasaan menghargai, kasih dan penuh perhatian kepada ibunya, dan adik-beradik perempuannya. Pemuda dan lelaki perlu faham erti menghormati wanita.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heronya suka membentak-bentak ibunya. Lelaki yang berkeras dengan ibunya pasti melakukan hal yang sama kepada isterinya. Lelaki patut tahu tentang berbuat baik kepada ibu. Kerana lelaki yang berbuat baik kepada ibunya, pasti akan memperlakukan yang sama untuk isterinya. Biar jadi lelaki sopan, sejuk mata memandang walaupun wajah tidak setampan bulan purnama tetapi akhlaknya seindah bunga-bungaan di syurga.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heronya playboy, kasanova dan suka menggedik tanpa sempadan pergaulan, mengayat perempuan dengan pelbagai pick-up line dan berfoya-foya. Harapkan muka kacak tapi hati hitam, harapkan badan sado tapi otak tak boleh pakai. Biar jadi lelaki acuan al-Qur’an, yang mendahulukan Allah dalam segala hal, yang menjadikan akhirat panduan hidupnya. Muka tak handsome tak apa asalkan air muka jernih dek air wudhu’ yang menenangkan.

Dr Syahr Musafir​
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR​
09/12/2016 Tulisan Asal
Foto #Throwback ST berusia 2 bulan, Sept 2011.

P/s: Aduh! Sakit hati tengok video di Facebook berkaitan drama-drama di TV…

4 thoughts on “Kenapa Ibu Bapa Perlu Melarang Anak Gadis Dari Tonton Filem yang Heroinnya ‘Tergedik Sakan’ Untuk Membentuk Anak Dara yang Punyai Maruah & Harga Diri”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *