Menghadapi Golongan Anti-Vaksin……….

Saya nak sebut 1 perkara, golongan pro-vaksin tidak boleh berdebat dengan golongan anti-vaksin.Sebab pertama,…

Posted by Syahr Musafir on Ahad, 17 Februari 2019

Saya nak sebut 1 perkara, golongan pro-vaksin tidak boleh berdebat dengan golongan anti-vaksin.

Sebab pertama, kedua-dua pihak pasti nak menang perdebatan. Which is not exactly wrong, but it is not really right as well. Perlu ada satu pihak yang bersedia untuk mengalah, dan perlu ingat, mengalah bukan bererti kalah.

Sebab kedua, sebanyak mana pun fakta yang dibentangkan, golongan pro-vaksin akan kalah kerana golongan anti-vaksin akan memasukkan elemen emosional dan agama, sehinggalah ke tahap mempertikaikan iman dan akidah golongan pro-vaksin yang didakwa meletakkan kepercayaan terhadap vaksin untuk mencegah penyakit dan bukan meletakkan pengharapan 100% kepada Allah SWT.

Sebab ketiga, perdebatan itu takkan habis. Kalau bagi slot 15 jam sekali pun, takkan habis. Slot 1 jam di TV AlHijrah itu patut tamat di situ. Tetapi lain ceritanya, tamat sahaja slot 1 jam di TV itu golongan anti-vaksin pusing dan ‘putar alam’ tak faham soalan, interrupted, bla bla bla. Kemudian berhujah di media sosial seperti Facebook update status setiap setengah jam sekali, siap perli sindir dan sebagainya, menggunakan nama Allah dan kiasan agama. Nak menang punya pasal.

Jadi saya sarankan kepada golongan pro-vaksin, sila sebut dan bentangkan fakta dan sebab kenapa vaksin ini positif untuk menjaga kesihatan diri dan sekeliling, kemudian pergi buat urusan lain. Jangan berdebat, jangan berbahas, kalau berdebat dan bahas, alamatnya tak buat kerja lainlah seharian, perdebatan itu takkan pernah habis. Buat sakit hati aje…

Saya menulis berdasarkan pengalaman bersemuka dengan golongan anti-vaksin secara real-life dan secara maya. Macam orang bodoh saya dibuatnya, sampai tahap macam saya ni murtad atau syirik dikatakannya….

Namun jangan pernah kategorikan golongan anti-vaksin ini sebagai musuh, penyebar penyakit, najis atau apa-apa sahaja gelaran negatif. Teruskan berkongsi maklumat dan kesedaran, moga nanti golongan anti-vaksin dapat menerima vaksin. Sama-samalah kita mendoakan, demi kebaikan bersama.

#KisahMasyarakat #InspirasiDrSyahr 18/02/2019 #IsuAntiVaksin LINK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *