Orang Menegur Kita; Ayat Mengejek, Atau Sebenarnya Ayat Elok Tetapi Dianggap Ejekan?

Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang ber-dating dengan aweknya di sebuah bilik tertutup. Saya nasihatkan, "…

Posted by Syahr Musafir on Rabu, 4 Julai 2018

Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang ber-dating dengan aweknya di sebuah bilik tertutup. Saya nasihatkan, “Biarlah itu jadi kali terakhir kamu berdua berdua-duaan…”
 
Hasilnya, aweknya datang bersemuka dengan saya, saya dimarahi oleh aweknya dan salah satu ayat yang saya masih ingat adalah “Kalau nak bagi nasihat pun, janganlah sampai menghina kami macam kami tak reti agama, tak tahu batas-batas dan macam kami berzina terang-terangan.”
 
Saya tak pernah menghina, saya pesan berdua-duaan lelaki dan perempuan adalah tak baik, kalau tempat sunyi lagilah tak baik. Janganlah buat lagi… Dikatanya saya menghina?
 
Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang merokok depan isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil (lebih kurang usia 2 tahun dan bayi 6 bulan) di sebuah restoran. Kebetulan saya terserempak mereka baru selesai makan-makan. Biasalah, lepas makan mesti nak berasap. Sebab dia rakan saya, saya sebutkan “Jom kita lepak jauh sikit, kau nak merokok, takut baby kau tak selesa nanti…”
 
Hasilnya, beberapa rakan lain yang juga hisap rokok, mereka semua pulaukan saya. Dengar cerita, si dia kata saya mengejek perokok. Entah apalah cerita yang disebarkan, saya jadi kambing hitam yang anti-perokok. Kalaulah saya anti-perokok sekalipun, saya bukan nak putuskan hubungan dengan orang yang perokok. Bagi saya, kawan tetap kawan.
 
Apa poin saya?
 
Saya nak jelaskan ayat “Dia ejek saya” tak semestinya bermaksud dia betul-betul mengejek. Boleh jadi dia menasihati, tetapi dikatakan mengejek. Boleh jadi dia berseloroh, tetapi dianggap menghina. Boleh jadi dia tak cakap apa-apa pun, tetapi ditokok-tambah…
 
Sebab manusia nak dengar apa yang dia nak dengar, bukan apa yang dia perlu dengar. Ayat nasihat yang lembut penuh hikmah boleh dikatakan ayat maki-maki sumpah-seranah hanya kerana dia rasa sentap dengan nasihat yang diberikan.
 
Para pelajar tahfiz atau aliran agama menegur remaja-remaja berdua-duaan bercinta bagai atau menegur remaja-remaja berpeleseran dengan aktiviti lepak atau dadah, adalah normal. Suspek-suspek yang positif ganja kata pelajar tahfiz ejek mereka, logiknya kita boleh nilai sendiri pihak mana yang benar. Sekalipun itu adalah ejekan, ejekan itu adalah ‘nasihat’ yang benar sebab apabila nasihat lembut tak diendahkan, ada masanya kena marah, atau sindir, atau tengking kasi sentap.
 
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
Page Zawjah Islamic Fashion – Tudung dan Pakaian oleh Rahimah Ab.Rahman
16/09/2017

2 thoughts on “Orang Menegur Kita; Ayat Mengejek, Atau Sebenarnya Ayat Elok Tetapi Dianggap Ejekan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *