Rasuah Dalam Kalangan Pemimpin Parti Politik: Apa Cara Fikir Kita?

 

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #SPRM membuat pengumuman mengesahkan tiada wang RM90juta ditransaksikan daripada mana-mana akaun #1MDB / UMNO ke mana-mana akaun rasmi #PAS.

Saya dapat lihat ramai penyokong PAS menarik nafas lega (baca: syukur dan gembira).

Pada masa sama juga dapat lihat ramai penyokong PH rasa serba salah, mencari poin untuk masih mengekalkan kritikan dan tuduhan, termasuklah menulis komen siasatan kes belum muktamad, belum check akaun peribadi, bla bla bla (baca: tak puas hati), seolah-olah mahu kes rasuah ini benar-benar berlaku.

Sebagai pemerhati, saya melihat situasi ini sebagai fitnah besar bagi umat Islam bila mana ada golongan umat yang mengharapkan kejadian rasuah benar-benar berlaku dalam masyarakat.

Rasuah adalah dosa yang tak patut berlaku, dan apabila tuduhan dibuat, siasatan menunjukkan kes rasuah tidak berlaku, sepatutnya semua umat Islam bersyukur. Bukannya bersedih bila PAS tak terlibat rasuah.

Tak perlu pun berdoa dan beralasan kes rasuah itu perlu betul-betul berlaku.

Jika benar berlaku dan ada kes rasuah, ini menunjukkan sisi buruk para pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu. Maka, tak kiralah penyokong PAS, UMNO dan PH, tiada siapa pun patut meraikannya dengan gembira.

Boleh tak, kita semua sebagai orang Islam, melihat isu rasuah ini sebagai umat Islam yang menolak rasuah, bukan melihatnya sebagai poin untuk kutuk parti politik lawan? Life is so much more than just political parties, guys.

Membuktikan PAS itu terlibat rasuah tidak lebih penting berbanding melihat semua pemimpin beragama Islam bebas rasuah.

Lihatlah dengan kaca mata ikhlas mahu melihat improvement dalam pimpinan politik kita yang bersih rasuah berbanding mahu lihat rasuah berleluasa dalam kalangan mereka, melangkaui batas politik kepartian. Doa sebegini lebih menguntungkan agama, bangsa dan negara.

#KisahMasyarakat #DoaAgarBebasRasuah #CaraFikirPolitik#PolitikDrSyahr 25/02/2019 LINK

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #SPRM membuat pengumuman mengesahkan tiada wang RM90juta ditransaksikan…

Posted by Syahr Musafir on Isnin, 25 Februari 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *