Suami Seharusnya Menjadi Doulamu, Wahai Isteri dan Ibu…

Saya memang tak ada ilmu pun pasal doula ni, masa di Australia dulu tak tahu pasal ni dan teman isteri bersalin…

Posted by Syahr Musafir on Sabtu, 23 Februari 2019

Saya memang tak ada ilmu pun pasal doula ni, masa di Australia dulu tak tahu pasal ni dan teman isteri bersalin berkali-kali pun tak guna khidmat doula. Di Malaysia baru tahu isu doula viral ni…

Tetapi sekadar kongsi buah fikiran, insan terbaik untuk menemani si wanita/ibu sepanjang bersalin adalah suaminya. Biar suami itu jadi peneman, selain doktor, bidan dan jururawat. SUAMI, BUKAN DOULA.

Jika tiada suami, boleh ganti dengan ibunya atau ibu mertuanya, atau adik-beradik perempuan atau rakan wanitanya.

Tak perlu doula berbayar ni. Irrelevant.

Lainlah jika si ibu itu sebatang kara, kawan pun tak ada. Ke camne?

Tak releven pun nak ukhwah islamiah whatsoever antara ibu dan doula semasa proses melahirkan, masa tu sakit tak fikir pun nak sisterhood bagai. Isteri cengkam tangan saya menahan sakit macam nak putus rasa tangan ni…

Freelance tu free? Tak ada maknanya. Freelance photographer pun kena bayar, freelance doctor pun dapat duit, takkanlah freelance doula tu percuma. Paling kurang bayar duit minyak kot.

Tak apalah, kan duit lebih, bayarlah doula…

Mak tolong jaga diri ibu dan bayi sepanjang proses berpantang tu tak pula dihulurkan duit upah atau tanda terima kasih tetapi suka bagi duit kepada doula pula… Hebat, hebat.

#DoneBebel #MembebelSayang #InspirasiDrSyahr 23/02/2019 LINK

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *