Suami Perlu Hargai Pengorbanan Isteri, Kita Kan Sayang Isteri Kita!

Setiap Ahad, Selasa dan Khamis seawal 6.15 pagi saya sudah melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, bersama…

Posted by Syahr Musafir on Ahad, 18 September 2016

 

Setiap Ahad, Selasa dan Khamis seawal 6.15 pagi saya sudah melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, bersama Umi dan Abah untuk rawatan di hospital.

Setiap Isnin dan Rabu saya bangun awal, cuba sebaik dan sebanyak mungkin menguruskan anak-anak, ada masa sempat breakfast sama-sama ada masanya tidak, dan seterusnya bergerak ke tempat kerja pada jam 7.20 pagi.

Tanggungjawab di luar lebih banyak daripada masa yang ada. Jadi ada kalanya saya pulang pada masanya, ada kalanya terlewat sedikit dan ada masanya terlewat banyak. Maka isterilah yang menguruskan semuanya di rumah. Allahu Allah…

Ini kisah seharian saya. Mungkin kisah ini akan kekal sebegini untuk jangka masa 30 tahun akan datang. Lamanya.. Saya tidak kata saya seorang lelaki yang hebat, tetapi saya mahu kata isteri saya hebat.

Ya, suami-suami sekalian. Percayalah dan akuilah, isteri-isteri kita adalah manusia-manusia yang HEBAT.

Cuba kita telitikan; 

Dalam kehidupan seorang lelaki bergelar suami, di situlah wujudnya karakter seorang isteri. A man needs a woman as wife to be given a title as husband. Kalau tiada isteri, kita tidak panggil lelaki tersebut sebagai seorang suamilah, betul tak?

Jikalau kita melihat seorang lelaki yang hebat, berstatus suami dan bapa, PASTI di belakangnya berdiri teguh seorang isteri yang hebat.

Suami hebat itu tidak menjadi hebat dengan sekelip mata. Tetapi pembangunan dirinya memakan masa bertahun-tahun lamanya. Dan di belakangnya ada seorang isteri yang menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh suaminya.

Di saat suaminya berjaya, si isteri itulah yang menitiskan air mata kegembiraan dan terus-menerus memberi dorongan agar suaminya terus melangkah maju. Mulut kecil itulah terkumat-kamit mengucap syukur ke hadrat Allah swt kerana memakbulkan doanya.

Di saat suaminya menemui kegagalan atau kepayahan, si isteri itulah yang menitiskan air mata penuh pengharapan di kala malam memohon agar Tuhan menguatkan kudrat suaminya untuk terus melangkah dan mulut kecil si isteri itulah yang memberi kata-kata hikmah bagi meningkatkan kecekalan seorang lelaki meneruskan usaha kehidupan.

Saya selalu percaya seorang lelaki tidak diciptakan hebat kecuali di belakangnya punya seorang wanita yang hebat memberi sokongan kepadanya. Cubalah lihat pada sejarah dunia, tidak kira sejarah Islam mahupun sejarah dunia. Setiap satu batang tubuh lelaki berjaya cemerlang punya sekurang-kurangnya seorang wanita di sebalik kisah perjuangan dan pengorbanannya.

Jadi para suami haruslah menghargai isteri-isteri selagi mana kita waras kerana jasanya kepada kita tidak mampu dibalas dengan segunung kebaikan.

Sedar atau tidak sedar, isterilah menjadi PELINDUNG lelaki dari kejahatan nafsu syahwatnya dan bertambah-tambah indah kerana Tuhan merestui dan meredhai perhubungan itu. What more could you ask for?

Setiap kali isteri merelakan dirinya berada di belakang seorang suami kerana menyokong kerjaya dan penglibatan suaminya, ingatlah bahawa isteri itu juga punya SUMBANGAN dalam setiap kejayaan yang suami kecapi, tiada tolok bandingnya dengan usaha si suami.

Saya tidak pernah berbangga-bangga dengan apa-apa kejayaan yang saya pernah capai, dan saya juga tidak pernah bersedih-sedih dengan apa-apa kisah duka dalam hidup saya ini. Isteri saya yang satu itulah terus-menerus mengingatkan saya supaya ingat Allah swt dalam setiap tindakan, jaga niat supaya tidak riak, ujub dan sebagainya, dan berkongsi untuk memberi manfaat kepada orang, bukan mahu dapat manfaat daripada orang.

Terdetik dalam hati saya sebuah kata-kata indah, “Cukuplah bagiku seorang isteri bilamana layanannya adalah seperti mempunyai 4 isteri.” Chewah~~

 

Foto hiasan: Cuba nak jadi suami romantis (ye ke?), saya belanja isteri shopping. Katanya, nak kasut.

 

Hati-hati ye, para suami. Seorang isteri boleh ambil masa berjam-jam untuk memilih dan membeli SATU pasang kasut. Jadi, suami perlu rancang apa nak buat semasa menunggu lama-lama tu. Heheh. Kasi can isteri ambil masa cari-cari apa yang disukainya.

Jangan pressure isteri dengan kata-kata “Lamanya awak pilih kasut,” sebab sudah jadi sifat wanita, memilih biar lama asalkan tidak menyesal kemudian hari. Betul tak, wanita-wanita sekalian? Heheh.

Jadi, Papa dan anak-anak selfie/wefie je la masa Mama ‘meronda’ cari kasut 

Dr Syahr Musafir.
Page Penulis Dr Syahr Musafir & Rahimah AR.
19/09/2016

Tulisan asal di Facebook: LINK

 

1 thought on “Suami Perlu Hargai Pengorbanan Isteri, Kita Kan Sayang Isteri Kita!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *