#TabungHaji

Kisah Tabung Haji, anda sudah dengar apa berita terbaru hari ini?

Jika seorang isteri dapat panggilan untuk tunaikan haji kali pertama tahun ini, seperti biasa kerajaan berikan subsidi dari segi kos haji maka bayaran yang perlu dibuat adalah RM9980.

Dulu, semasa Kerajaan BN, jika suaminya membuat rayuan untuk pergi haji menemani isterinya, suaminya itu yang akan menunaikan haji kali pertama juga diberikan subsidi maka bayaran juga adalah RM9980. Suami isteri boleh pergi bersama dengan kos RM19960 untuk dua orang.

Hari ini, dalam Kerajaan PH, pihak Lembaga Tabung Haji di official Facebook page tertulis jika suami itu membuat rayuan untuk pergi haji menemani isterinya, suaminya yang akan menunaikan haji kali pertama itu tidak akan diberikan subsidi maka bayaran yang dikenakan adalah RM22900. Jadi kos untuk pergi bersama suami isteri adalah RM32880.

Ya, tak silap baca. Si suami itu kena bayar 22ribu ringgit lebih.

Aci gila kau? *Baca gaya Mak Kundur dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Tabung Haji ini adalah institusi untuk membolehkan rakyat Malaysia beragama Islam pelbagai lapisan kewangan dipermudahkan untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu haji. Bukan untuk hal lain, walau apa pun hujah yang diberikan.

Subsidi ditarik balik atas alasan hutang negara 1trillion ke?

Buatlah apa saja yang kamu suka tetapi tolonglah jangan sentuh Tabung Haji. Tolonglah, PH.

Ada rakyat negara kita ini menabung berpuluh tahun untuk cukupkan duit RM9980 itu selepas membanting tulang 4 kerat bagai nak mati, janganlah paksa sampai RM22ribu pula.

Rakyat mengundi PH supaya hidup semakin mudah, bukan susah. Kenapa jadi macam sebegini ni? Allahu Allah…

Orang Parti Amanah dalam PH tak nak kata apa-apa ke pasal ni? Tolonglah bela rakyat beragama Islam ni.

Menteri tipu sijil akademik dan kelayakan palsu dapat gaji berpuluh ribu, potonglah gaji tu buat bayar hutang negara. Subsidi haji untuk rakyat nak teman isteri sendiri pergi haji tu janganlah potong….   

Maksudnya dah tak ada dah ke istilah buat rayuan nak pergi haji awal ni bila ada duit RM9980 dalam Tabung Haji? Huhuhuhuhu peritnya rasa….

Tabung Haji untuk rakyat, takkanlah ini pun nak di-parti-politik-kan, kamu dendam apa dengan rakyat beragama Islam di Malaysia ni? Sampai buat macam ni sekali….

Apalah dosa rakyat beragama Islam di Malaysia ni sampai dapat bala sebegini…. #TabungHaji#SayangiMalaysiaku

Isu ini terlalu dekat di hati aku. Kau ingat mudah nak simpan 10ribu? Ini pula nak simpan 22ribu? Menitis air mata aku. #DrSyahrMusafir #InspirasiDrSyahr

 

Post asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155962535280736&set=a.10151942610310736&type=3&theater

 

Kisah Tabung Haji, anda sudah dengar apa berita terbaru hari ini?Jika seorang isteri dapat panggilan untuk tunaikan…

Posted by Syahr Musafir on Ahad, 17 Februari 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *