Tan Sri (Prof) Dr. Khoo Kay Kim; “Francis Light merampas Pulau Pinang, bukan diberi kuasa oleh Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang..”

 

Ketika itu saya di Tingkatan 5, peperiksaan pertama tahun itu saya dapat 8 A1, 1 A2 dan 1 C6. Sekarang 8 A+, 1 A dan 1 C- kot. A2 untuk Subjek Bahasa Melayu dan C6 subjek Sejarah.

Punyalah struggle saya ni, mudah lupa bab subjek Sejarah ni.

Kemudian cuti sekolah, dapat balik ke rumah (sekolah asrama), buka komputer, cari informasi tentang Sejarah Malaysia.

Terbaca satu artikel tulisan Tan Sri (Prof) Dr. Khoo Kay Kim, yang menulis tentang Francis Light merampas Pulau Pinang, bukan diberi kuasa oleh Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang. Stamford Raffles pula menipu untuk mendapat Singapura.

Selepas baca artikel itu entah bagaimana saya mula rasa ‘feel’ berkaitan sejarah.

Sebelum ini baca-baca saja, rasa macam subjek Sejarah itu hanyalah cerita dongeng. Mana tidaknya, mudah-mudah saja Sultan itu ini bagi kuasa kepada penjajah, bla bla bla.

Tetapi apabila baca penerangan Prof Khoo ini, baru dapat perasaan betapa rakyat dan Sultan dulu-dulu diperbodohkan, ditipu, diambil hak dan bagaimana hebatnya perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang penjajah atas nama agama, bangsa dan tanah air.

Ramai tidak tahu.

Ramai yang tidak rasa perasaan dan semangat sebegitu, sebab itulah subjek Sejarah hanyalah sekadar subjek menghafaz.

Saya masih ingat semangat dan kefahaman baru ini saya bawa ke sekolah, peperiksaan Sejarah selepas itu saya improved ke markah B3 (B+). Peperiksaan SPM sebenar dapat A1.

Apabila rasa itu ada, barulah bermakna subjek Sejarah yang diajarkan guru.

Semalam, Prof Khoo meninggal dunia.

Komen-komen masyarakat berbangsa Cina Malaysia di portal MalaysiaKini yang menggelar Mendiang Prof Khoo sebagai anjing bangsat, barua, pengkhianat bangsa, pemutar sejarah dan sebagainya membuatkan hati saya diusik rasa kecewa dan ralat.

Prof Khoo adalah seorang sejarawan yang mentafsir sejarah melalui kerangka nasionalisme supaya subjek Sejarah menjadi alat perpaduan.

Tulisan-tulisannya membuatkan kita ‘rasa’ Sejarah itu HIDUP.

Tak pelik jika tak ramai orang Melayu kenal Prof Khoo, tetapi sangat-sangatlah pelik ramai orang Cina yang kenal Prof Khoo menganggap Prof Khoo sebagai penjahat.

#JihadDrSyahr #KisahMasyarakat#SayangiMalaysiaku #MalaysiaBaharu#DrSyahrMusafir 29/05/2019

 

Ketika itu saya di Tingkatan 5, peperiksaan pertama tahun itu saya dapat 8 A1, 1 A2 dan 1 C6. Sekarang 8 A+, 1 A dan 1…

Posted by Syahr Musafir on Selasa, 28 Mei 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *