Usah Dicampur Minyak Ke Air, Takkan Bercampur Kedua-duanya….

 

Safiey Ilias buat majlis, jemput para pelajar tahfiz dan guru, walaupun ada tarian joget golongan pondan. Terbaru, katanya ada biasiswa untuk para pelajar Melayu (Muslim) sebab nak membantu. Terbaru juga, Safiey menangis depan Ustaz Ebit Liew, berpeluk dengan Ustaz Ebit, sebab sedih sangat dengan kata-kata “Kenapa Allah uji saya….”

Tanpa prejudis atau sangka buruk, kita perlu faham bahawa kemungkaran yang dibuat oleh orang seperti Safiey adalah dosa, salah dan tiada kompromi. Satu-satunya jalan penyelesaian adalah ajak, dakwah, tarbiah dan mengarahkan mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

Tetapi orang seperti Safiey ini sangat bijak mengalih perhatian sebenar dengan menderma, bersedekah, buat kebajikan, supaya nampak baik, innocent dan positif. Sehinggakan masyarakat tertipu dengan mudah, supaya kebaikan-kebaikan yang dibuat dapat menutup keburukan dan kemungkaran yang dibuat, supaya kepelikan mereka dilihat sebagai normal disebabkan mereka ini bercakap tentang agama, nampak baik, buat baik dan cakap lembut.

Sesungguhnya minyak dan air takkan dapat bercampur, sesungguhnya sesuatu yang baik tidak boleh disekalikan dengan sesuatu yang buruk. Kita perlu sedar.

Ajaklah orang seperti Safiey untuk berhenti jadi pondan dan kembali menjadi lelaki. Tak kisahlah dengan cara lembut, sederhana, atau tegas, keras dan arahan. Buat orang seperti Safiey, bertaubatlah sebelum terlambat.

Kita semua pendosa. Beruntunglah pendosa yang berusaha membaiki diri dari hari ke hari. Tetapi merugilah pendosa yang berterusan dengan dosa walaupun telah dinasihati berkali-kali.

Dr Syahr Musafir
01/10/2018 #JihadDrSyahr

 

Safiey Ilias Tak Mahu Derma & Sumbang Zakat Kepada Orang Perak Selepas ‘Dibanned’ Kerajaan Negeri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *