Vaksin MMR: Betul ke haram?

Saya diserang lagi…

 

Ada ibu bapa anti-vaksin ‘ajak gaduh’ dengan saya, katanya vaksin measles, mumps & rubella (MMR) atau campak, beguk dan rubela, adalah haram kerana mengandungi porcine (gelatin babi).

Mereka ini tak bahas dari sudut kesihatan, tetapi dari sudut agama HALAL DAN HARAM.

Jadi saya nak tulis berkaitan vaksin ini dari kaca mata SEORANG BAPA BERAGAMA ISLAM yang memilih untuk memvaksinkan anak-anak saya. Saya tidak menulis sebagai orang yang tahu pasal perubatan whatsoever. Saya menulis sebagai seorang bapa yang ambil tahu sahaja.

Dalam pemvaksinan MMR, ada 3 jenis vaksin yang sedia ada:
1. Priorix
2. Priorix-tetra
3. MMRII

Ya, MMRII mempunyai porcine (gelatin babi) terhidrolisis 14.5mg. Kita kena faham TERHIDROLISIS bermaksud sudah diproses secara jitu untuk menukarkan gelatin ini kepada bentuk lain yang tidak mengandungi babi lagi. Jika ada, sangat minimum. Maka, boleh rujuk fatwa yang dikeluarkan Mufti dan JAKIM yang menetapkan vaksin sebegini harus dan halal digunakan.

Sebagai seorang muslim, saya pun takut-takut nak terima vaksin sebegini, takut kalau ada DNA babi lagi dalam vaksin itu. Aduh, camne ni?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan semua premis dan fasiliti KKM termasuk hospital awam dan Klinik Kesihatan (KK) menggunakan Priorix sahaja.

Kalau anda bawa anak-anak ke hospital swasta dan klinik swasta, tanya mereka guna vaksin jenis mana. Ini atas inisiatif sendiri. Jika premis KKM, hospital kerajaan dan klinik kesihatan, hanya priorix sahaja yang ada.

Priorix dan priorix-tetra TIDAK mengandungi porcine ini. Vaksin ini yang dibekalkan tidak mengandungi gelatin babi di dalam kedua-duanya. Tidak ada orang atau mesin letak porcine dalam kedua-dua jenis vaksin ini sepanjang pemprosesannya. Kalau korang pergi ambil porcine dan letak sendiri dalam botol atau jarum suntikan priorix tu, barulah ada porcine dalam tu.

Justeru, jangan risau. Priorix halal.

Saya malas dah nak layan orang anti-vaksin tak nak vaksinkan anak-anak, saya tak anggap anda ini musuh atau apa-apa sahaja gelaran negatif, saya berlepas diri saja. Tawakkaltu ala-Allah. Tetapi saya diserang sehingga dituduh bapa dayus yang suntik benda haram kepada anak-anak dan seumpamanya, ini sudah lebih.

Bikin panazzzz…

Kalau nak nasihat saya, saya tak kisah pun nasihat ikut cara lembut, atau cara keras dan marah asalkan secara benar. Tetapi sampai tahap gelar dan tuduh saya murtad makan benda haram, syirik tak bergantung harap kepada Allah dan seumpamanya ni, apa kes? Respect each other, boleh?

Dah ada vaksin HALAL secara PERCUMA dan disahkan BERKESAN di hospital awam dan klinik kerajaan, janganlah pergi cucuk vaksin mengarut di luar pula.

Vaksin yang digunakan di Malaysia adalah HALAL: https://today.mims.com/moh-vaccines-in-malaysia-are-halal-and-must-be-administered-to-children

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *